Memang tenang... tempat Lahir lagi di kenang... pokok getah pokok sawit adalah jamuan mata... kalau Anak Lubok tak tau pokok getah tak tau pokok sawet dan tak tahan bau sekerap baik jangan la dok mengaku anak lubok merbau... semua tu dah jadi aroma asam garam... mai tengok video nie.. anak cucu lubok merbau dok menebas dan lepak dikelilingi pokok getah.. tenang dowh...
Saturday, October 16, 2010
Cyber Cafe Anak Lubok...~
Lubok Merbau dah maju.. anak-anak lubok pon dah bijak-bijak belaka... teknologi dah berkembang... erm.. kalau dulu lubok merbau di banjiri dengan kedai-kedai makan dan kedai barang... sekarang nie kedai komputer A.K.A Cyber Cafe dah banyak.. so.. tak risau lagi nak on9 bila2 masa.. dari pagi sampai tengah malam ada... perkembangan yang sehat nie... dari dok melepak ja.. kot simpang2 dan kedai kopi baik lepak CC dapat la.. ikuti perkembangan teknologi.. terang lagi bersuluh...." anak lubok merbau tidak ketinggalan wey..."
Salah satu CC yang terfofular di Lubok Merbau... Buka sampai pagi.. nak on9 tak yah kira masa lagi.. Apa pau tahniah la... Anak Lubok Merbau yang buka CC nie.. Rasanya yang jaga nie Pak Tam. memba2 gak nieh.... nak publish Semua CC kat lubok tu tak bole la.. sebab banyak sangat.. nanti tak tau plak nak pilih yang mana.. kira wat masa nie tunjuk yang terfofular dulu la.. hhuuakkaakkaa..... CC yang lain pon best gak.. bole la buat pilihan...
Warga Felda Ambik Hasil...~
Nie waktu bulan puasa tahun nie... Warga Lubok Merbau di Pejabat Felda tengah menunggu giliran untuk ambik duit saguhati raya RM 300 setiap Peneroka... alhamdulillah dapat la buat belanja untuk persiapan raya.. tengok la budak yang baju merah tu poyo ja.. hehhehe... dia tu kira cucu peneroka.. saja nak interframe wakakaka... tapi ade skit kejadian time tu.. adalah Hamba Allah tu dah tolong separk duit RM 300. tak pasal2 la dia plak dituduh ambik duit tu... kesian dia.. nak pi ambik dah ada orang ambik sehari sebelum tu.. tak pe la cek leng oi.. sabaq la... yang penting Pegawai Felda tu dah bagi jugak.. biaq dia la setel semua...
Wajah-Wajah Anak Lubok Merbau
Saja Nak Publishkan Wajah-Wajah anak-anak Lubok Merbau... Untuk masa akan datang apa akan jadi... yang penting Tempat lahir lagi dikenang.... mereka nie adalah harapan bangsa wakakaka... tak ke macam tu...!
Nei Plak budak2 skolah dapat Netbook.. Untung la deorang.. zaman kite2 dulu mana nak dapat rasa benda2 macam nie... kene spend RM2 sejam la.. baru nak buleh celik it... apa pon congrate la.. jangan dok main FB ngan youtube je.. wakakaka... tapi releven la bagi netbook tu.. sekanag nie folio semua kena typing... tak macam dulu-dulu kena tulis tangan.. masih ingat lagi la.. buat folio Kemahiran Hidup dengan Sejarah... hai.. tulis tangan.. naseb la tulisan Chantek wawawa... Trima Kasih Cikgu..Cikgu...~
Orang Kuat Yang Masih Bersatu
ERm.. untuk pengetahuan korang di Lubok Merbau masih ada orang yang kuat untuk mambangunkan Lubok Merbau... Nie lah muka-muka yang tak pernah berputus asa menitik peluh bagai nak qak... mewarnai pembangunan Lubok Merbau... Salah Sorang Kat Situ Mak aku tuuw... Hehehhhee.... apa pun Thanks... Felda Lubok Merbau Lagi Dikenang..
Felda Lubok Merbau, Pendang, Kedah Darul Aman

FELDA Lubuk Merbau dibangun majukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak tahun enam puluhan lagi. Lokasinya didalam daerah Padang Terap, bersempadan dengan daerah Sik dan Pendang. Di sempadan dengan daerah Sik mengalir Sungai Muda yang mana di hulu sungai ini telah dibina Empangan Muda dan sebahagian hilirnya menjadi sempadan dengan Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu dikawasan Jambatan Merdeka.
Sungai Muda mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancungan, ia mengalir melalui berbagai kawasan yang unik, kampung tradisional, kawasan penempatan semula seperti FELDA dan FELCRA, kawasan hutan simpan, kawasan pekan dan bandar serta kawasan industri hingga ke laut. Sebuah lagi empangan di kawasan ini iaitu Empangan Beris yang terletak didalam daerah Sik.
Subscribe to:
Posts (Atom)