
FELDA Lubuk Merbau dibangun majukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak tahun enam puluhan lagi. Lokasinya didalam daerah Padang Terap, bersempadan dengan daerah Sik dan Pendang. Di sempadan dengan daerah Sik mengalir Sungai Muda yang mana di hulu sungai ini telah dibina Empangan Muda dan sebahagian hilirnya menjadi sempadan dengan Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu dikawasan Jambatan Merdeka.
Sungai Muda mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancungan, ia mengalir melalui berbagai kawasan yang unik, kampung tradisional, kawasan penempatan semula seperti FELDA dan FELCRA, kawasan hutan simpan, kawasan pekan dan bandar serta kawasan industri hingga ke laut. Sebuah lagi empangan di kawasan ini iaitu Empangan Beris yang terletak didalam daerah Sik.
No comments:
Post a Comment